Friday, August 16, 2013

makan kaki

Assalamualaikum.

semakin lama aku kat sini. semakin tercabar diri aku.

cabaran?
pelajaran, quiz, test, yang buat aku lemah semakin hari, KAWAN.

aku apply uitm intake semester 2.

harap dapat, tapi harap tak dapat.

kalau aku kat matrik pun tekanan nak hadap kawan pun dah macam apa, kat U nanti? -_- manusia mungkin nampak sampai luaran tapi hakikatnya, kita berbeza. sangat berbeza mungkin. kadang-kadang aku penat nak paham hati manusia. tapi hakikatnya, macam aku ja yg tak paham diri sendiri?

minggu ni, minggu aku panas hati. rasa nak marah orang ja. kalau ada orang yg mampu buat aku gelak. dia hebat. kalau tak da, aku heartless mungkin. :D dalam bilik, aku lebih gemar berdiam. sebab kalau aku cakap, nanti mesti dengan suara yg tinggi. muka ketat? biasa dah utk aku. aku hilang tujuan dah datang matrik utk apa. sebab asyik nak rasa marah kat orang. haih. teruk? aku dah tak tau nak avoid camna.

aku jahat? yaa makin jahat, aku suka abaikan semua orang yg aku pernah rapat dulu. taktau laa nak rapatkan balik macam mana, tapi, in Shaa Allah, doa aku sentiasa dengan depa. :")

aku dah tak tau nak cakap camna. kosong. lifeless, heartless. :D

salam sayang,
nfhz

Wednesday, July 31, 2013

Rajin

Assalamualaikum & salam sejahtera,

manusia yang aku nampak kat matrik ni ada dua kategori. eh, sat, tiga mungkin. okay, jom baca apa yang aku rasa. ngee. ^^

pertama, pelajar yang study awal2 semester. tup tup sampai nak UPS, kemalasan berleluasa. okay, kumpulan ni mungkin bernasib baik, sebab dah fokus masa kelas cuma minggu ulangkaji lebih banyak menyantaikan diri lalu meletakkan mereka pada tahap bahaya. hope mereka ini ada kesedaran walaupun pada malam sebelum UPS bermula. :D

kedua, pelajar yang MALAS habis awal2 semester, tapi semakin rajin apabila UPS semakin hampir. Alhamdulillah aku dalam kategori ni. Sungguh, awal semester dulu, aku tak tau apa yang aku belajar, even sekarang aku dalam keadaan terkontang-kanting sebab walaupun dua bab banyak yg aku kena cover. jadi, cik haida tengah push diri dia untuk lebih rajin. tapi nampak dak dia buat apa nih? blogging. okay, hempok kepala dia kat dinding sat, kot dapat keinsafan berganda? ngeh ngeh. xD

ketiga, pelajar yang konsisten. straight dari awai deme masuk belajo sampei ke hari nih, haaa. in sha Allah, 4.00. :)

err, aku markah kuiz tak pernah full, assignment Alhamdulillah, cacat cela sikit jaa. nih UPS carry 10%. aku nak all out. even uji dua chapter sahaja. tak mengapa tak jadi harapan pensyarah atau pihak kolej, tapi aku harapan mak abah. aku, contoh pada adik2 aku dulu. tunggu laa, NUR FARAH HAIDA ZULKIFLI dulu nak balik. :) hahahaha. tak boleh blah. ngeee

UPS-ujian pertengah semester. xD

doakan kejayaan aku.

-nfhz-

Sunday, July 28, 2013

tak bebas

Assalamualaikum & selamat sejahtera!

Aku nak kawan yang ramai, tapi bukan yang kongkong aku.
Cukup untuk tegur kesalahan aku dan bawak aku ke jalan yg benar.
Bukan kawal hidup aku,
Bukan untuk tahu semua benda yg aku buat, mesej dengan sapa, keluar dengan sapa bagai.

Ya, aku pernah lalai, tapi sekarang aku lebih berhati-hati nak pilih kawan,
Biar aku jadi BODOH dulu je.
Sekarang otak aku ingat nak belajar je.
Aku ramai kawan, perlu aku senarai semua kat hang kaa?
PERLU?
Yang aku ajak keluar lepak sekali pun ramai, perlu senarai kat hang kaa?
PERLU?
Yang aku mesej pun ramai, perlu senarai kat hang kaa?
PERLU?

Aku semakin bosan dengan perangai hang, BOSAN!
Apa yang tak kena pasai aku kat mata hang, aku tak tau!

Jujur cakap, AKU RASA NAK MOHON TUKAR KOLEJ!

k bai. maafkan kesalahan saya,

-nfhz-

Friday, July 26, 2013

well

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

tengah hari macam nih, jari aku terasa ringan nak menaip pulok. yelaa. lama dah tak buat karangan panjang berjela. haha. nampak dak pulunnya aku kat situ?

Okay laaa, aku sekarang bukan milik sesapa, dan aku rasa bukan masa untuk aku pun untuk semua tu. perjalanan hidup aku masih panjang, seriously panjang. jadi, probability aku kenal dengan lebih ramai orang lebih tinggi. sungguh, kadang-kadang kita perlukan seseorang yang rapat dengan kita untuk support perjalanan hidup kita. yea, aku ada, aku ada family aku, aku ada kawan-kawan aku.

memang, memang orang kata kalau kita sayang orang tuh kita akan pertahankan dia tak kira apa. tapi, pada aku, biar semuanya berjalan dengan flow yang natural. aku tak sempurna, tak sesekali aku kata aku sempurna tapi apa daya, aku cuma manusia biasa yg sememangnya terikat dengan fitrah untuk mencintai dan dicintai. aku tak mampu cakap apa lagi, sebab puncanya aku. yaa, aku! kelemahan aku, aku cuba atasi dari hari ke hari. aku cuba, sentiasa cuba! tapi aku tak boleh terima teguran sinis. kalau aku ada kesalahan, tolonglah, tegur aku sebaik mungkin atau tunjuk dengan cara yg lebih baik. :) mohon sangat!

otak aku sekarang, hati aku sekarang lebih tertumpu kepada benda yang aku patut tumpu, STUDY. masa depan aku kat tangan aku, aku tak tidur satu malam buat kerja pun, aku tanggung! aku mengantuk dalam kelas pun, aku tanggung! aku nak cover tidur sampai pukul berapa pun, aku tanggung! jadi, tak perlu rasanya ada orang ajar aku nak kena buat apa, apa dan apa. sekadar bagi guideline cukup, sekali cakap ja kat aku, kalau aku ikut means nasihat hang berguna. tapi kalau aku buat taktau, memang aku takmau ikut cakap hang laa. -_- ya, aku degil. sangat degil. semua nak ikut kepala aku ja.aku tau, tak payah bagitau. :) TERIMA KASIH.

lelaki,
pasal ni, aku selesa dengan ramai lelaki. tapi jujur, hati aku dah kosong. makin kosong. sampai tak da rasa untuk ke arah yg serius. yaa. mungkin kelihatan seperti aku mempermainkan hati lelaki, tapi sejujurnya aku sedang bermain dengan hati aku jugak. hati aku selalu cakap tak nak, tapi aku selalu bertindak sebaliknya. krisis dalaman yaa di sini. haha. sayang dan rasa takut kehilangan seseorang selalu ada, tapi mungkin takutnya hilang sebagai seorang kawan. kawan yang rapat. kawan yang mampu terima setiap baik dan buruk aku. air mata aku dah lama tak jatuh untuk seorang lelaki. yaa, langsung tak berbaloi kalau aku nangis pun. tak mampu ubah apa-apa. okay, nampak dak keras hati aku kat situ?

aku tak mampu puaskan hati semua, jadi salahkah aku puaskan hati aku? aku cuma nak aku mampu senyum macam dulu. aku mungkin periang pada ketika semua tengah bergembira, tapi aku diam seribu bahasa bila aku bersendirian. AKU SENDIRI TAK TAHU APA YANG AKU FIKIR! -..-

exhausted!

-nfhz-

eh eh

Assalamualaikum,

Feeling nak berblog tetiba muncul. hehe. cer ucap tahniah tengok kat aku, hew hew. :3

Okay, pertamanya, aku dah dua bulan kat Kolej Matrikulasi Perak. :)

Macam mana life? Sangat teruk. Busy sangat, tapi Alhamdulillah, aku mampu terima walaupun berat mulanya. Tertekan. Sungguh. tak dapat dinafikan tapi yela, kat mana pun kalau kita tak belajar untuk terima keadaan baru, sampai bila tak dapat.

Kat sini, aku ambik PROGRAM DUA TAHUN(PDT). ulang, dua tahun. yea. ramai tak tahu lagi kot kewujudan pdt. hehe. aku dapat ni mungkin disebabkan result ADD MATH aku. ADD MATH yang tak susah mana pun sebenarnya. aku menyesal, sangat menyesal. jadi, adik-adik, jangan ikut kak farah hangpa nih. okay?! Sains Modul 2, belajar FIZIK, KIMIA, SAINS KOMPUTER & MATEMATIK. pelajar sains, mata pelajaran wajib ialah KIMIA DAN MATEMATIK. MATEMATIK pulak wajib untuk SEMUA PELAJAR MATRIKULASI. warning, matematik di sini merupakan ADD MATH. dan Alhamdulillah semua tuh aku boleh jaa carry tanpa rasa beban macam belajar kat sekolah dulu. hew hew :3

dan aku busy sepanjang minggu lepas dan minggu akan datang. pra ups.
ups? UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER. harapan aku, mudah seperti menjawab UPSR. hahaha. memang tak ahhh. okay you all, jaga diri.

-nfhz-