Friday, July 26, 2013

well

Reactions: 
Assalamualaikum & selamat sejahtera.

tengah hari macam nih, jari aku terasa ringan nak menaip pulok. yelaa. lama dah tak buat karangan panjang berjela. haha. nampak dak pulunnya aku kat situ?

Okay laaa, aku sekarang bukan milik sesapa, dan aku rasa bukan masa untuk aku pun untuk semua tu. perjalanan hidup aku masih panjang, seriously panjang. jadi, probability aku kenal dengan lebih ramai orang lebih tinggi. sungguh, kadang-kadang kita perlukan seseorang yang rapat dengan kita untuk support perjalanan hidup kita. yea, aku ada, aku ada family aku, aku ada kawan-kawan aku.

memang, memang orang kata kalau kita sayang orang tuh kita akan pertahankan dia tak kira apa. tapi, pada aku, biar semuanya berjalan dengan flow yang natural. aku tak sempurna, tak sesekali aku kata aku sempurna tapi apa daya, aku cuma manusia biasa yg sememangnya terikat dengan fitrah untuk mencintai dan dicintai. aku tak mampu cakap apa lagi, sebab puncanya aku. yaa, aku! kelemahan aku, aku cuba atasi dari hari ke hari. aku cuba, sentiasa cuba! tapi aku tak boleh terima teguran sinis. kalau aku ada kesalahan, tolonglah, tegur aku sebaik mungkin atau tunjuk dengan cara yg lebih baik. :) mohon sangat!

otak aku sekarang, hati aku sekarang lebih tertumpu kepada benda yang aku patut tumpu, STUDY. masa depan aku kat tangan aku, aku tak tidur satu malam buat kerja pun, aku tanggung! aku mengantuk dalam kelas pun, aku tanggung! aku nak cover tidur sampai pukul berapa pun, aku tanggung! jadi, tak perlu rasanya ada orang ajar aku nak kena buat apa, apa dan apa. sekadar bagi guideline cukup, sekali cakap ja kat aku, kalau aku ikut means nasihat hang berguna. tapi kalau aku buat taktau, memang aku takmau ikut cakap hang laa. -_- ya, aku degil. sangat degil. semua nak ikut kepala aku ja.aku tau, tak payah bagitau. :) TERIMA KASIH.

lelaki,
pasal ni, aku selesa dengan ramai lelaki. tapi jujur, hati aku dah kosong. makin kosong. sampai tak da rasa untuk ke arah yg serius. yaa. mungkin kelihatan seperti aku mempermainkan hati lelaki, tapi sejujurnya aku sedang bermain dengan hati aku jugak. hati aku selalu cakap tak nak, tapi aku selalu bertindak sebaliknya. krisis dalaman yaa di sini. haha. sayang dan rasa takut kehilangan seseorang selalu ada, tapi mungkin takutnya hilang sebagai seorang kawan. kawan yang rapat. kawan yang mampu terima setiap baik dan buruk aku. air mata aku dah lama tak jatuh untuk seorang lelaki. yaa, langsung tak berbaloi kalau aku nangis pun. tak mampu ubah apa-apa. okay, nampak dak keras hati aku kat situ?

aku tak mampu puaskan hati semua, jadi salahkah aku puaskan hati aku? aku cuma nak aku mampu senyum macam dulu. aku mungkin periang pada ketika semua tengah bergembira, tapi aku diam seribu bahasa bila aku bersendirian. AKU SENDIRI TAK TAHU APA YANG AKU FIKIR! -..-

exhausted!

-nfhz-

No comments:

Post a Comment